Monday, May 31, 2010

i'm sorry

love your live..
love your parents..
love yourself..
ni 3 perkara yang perlu ada dalam diri seseorang. berteguhkan iman, berpaksikan kejujuran, dan bersungguh-sungguh melaksanakan sesuatu dalam pengiktirafan yang baik.. sebelum itu, selamat menyambut hari kaamatan ( kotobian tadau do kaamatan) serta selamat hari gawai untuk penduduk sarawak..tidak lupa juga ucapan selamat kapada karya-karya Allahyarham Tan Sri P.Ramlee atas sumbangan beliau dalam bidang tanah air selama lebih 50 tahun..tidak lupa juga selamat menyambuut hari TYT...
Kembali kepada 3 perkara..aku mempunyai pengalaman dalam 3 perkara ini..jadi lebih baik aku sebagai seorang yang menpunyai pengalaman yang lebih biarlah berkongsi dan memberikan pendapat sekiranya ia berguna untuk kalian.. LOVE YOUR LIVE..manusia yang tidak bersyukur sekiranya tidak mencintai hidupnya sendiri. lebih kurang ia merangkumi kesyukuran kita terhadap Nya atas kejadian dunia termasuk akhirat. ketika ini, lebih baik memlakukan sesuatu yang lebih berfaedah dalam hidup..kita hidup cuma sekali di dunia ini.kita tidak tahu sekiranya kita akan bertemu lagi dengan rakan, musuh @ kekasih yang kita ada di dunia lain. bersyukur dengan kehidupan masing-masing dan redha atas segalanya..sekiranya kita bukanlah dilahirkan dengan kehidupan yang mewah, maka bersyukurla..redha la..dan berusaha..segalanya pasti ada hikmah. Allah tidak akan membiarkan umatnya dalam kesusahan.. LOVE YOUR PARENT.. YES!! i love my parent..blog ini aku tulis ketika teringat kepada ucapan ku kepada pelajar-pelajar SMK Sepagaya pada bulan mei yang lalu. ia anjuran PERSIS di bawah kordinasi pelajar USM penang..disitu banyak yang aku kongsikan bersama pelajar mengenai pengalamanku ketika masuk ke alam universiti..hhmm..aku bercakap tentang ibubapa..idolaku ialah bapaku sendiri..aku amat memuja bapaku..dari gaji RM7 sehari pada 20 tahun dahulu kini gajinya meningkat mencecah 4 angka sebulan..aku amat memuji ketabahan serta kesungguhan ayah ku dalam melaksanakan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada keluarga..itu yang aku ucapkan pada majlis ucapan baru-baru ini..tetapi adakah benar i LOVE MY PARENTS???? memang ada cinta terhadap ibubapa ku..tetapi sebesar mana?boleh ka di ukur? bolehkan kita ukur sebesar mana tahap cinta kita kepada seseorang? d mana kebenaran nya? persoalan demi persoalan..hanya diri sendiri yang berhak menjawab segala persoalan.. LOVE YOURSELF..kenapa terdetik nya perasaan bunuh diri? kajian terhadap subjek pengantar etika kini bermain di kepala ku..adakah salah membunuh dir?memang dari segi agama, bunuh diri adalah haram.tapi sejauh mana perkara halal haram menjadi guide dalam membuat pilihan? oleh itu, adakah bunuh diri baik dari segi moral? adakah ia mencabul hak kita? persoalan lagi dalam buku pengantar etika..aku pernah terfikir untuk bunuh diri.. bukan untuk sesiapa..tetapi untuk seorang hamba Allah yang berjaya mencuri hati ini..kini, aku mendapat jawapan bagi semua jawapan..bukan la tidak bermoral seseorang membunuh diri tetapi ia lebih kepada sifat cinta yang mendalam sehinggakan diri tidak dapat menanggung seksa.memang perit..tapi seseorang yang ingin bunuh diri, biarla seseorang yang tidak mempunyai apa2 di dunia..berbalik kepada tiga perkara tadi..fikirlah bahawa kita masih mempunyai Tuhan yang wajib disembah, kita masih mempunyai kehidupan yang sering di pengaruhi oleh orang lain,kita masih mempunyai ibubapa yang menyayangi kita walaupun terasa tidak pernah ditunjukkan.akhir sekali, kita masih mempunyai diri sendiri untuk berdikari dan mengubahnya..kepada hati yang patah, hanya 1 jalan yang boleh mengubatinya..tawakkal, solat hajat dan sentiasa maju ke hadapan.. aku pernah cuba..ia nya berhasil..
thx..ASTALAVISTA!!!!

No comments:

Post a Comment